21 April 2011

The Real About Sarcastic

by Miko Ousawa 



Okie. Harini aku nak cerita tentang blog ni. Cerita tentang The-Real-About-Sarcastic. Sebab ada sesetengah orang yang tak paham tentang blog ni. Mehh sini aku pahamkan.



Korang ni siapa?

Kiteorang ni adalah ahli sarkastik yang terdiri daripada Kiyo, Haniko and aku sendiri Miko (dengar cerita mungkin ahli kami akan bertambah tapi tak mungkin berkurang.ramai nak masuk squad sarkastik yang femes ni.haha). Blog ni ditubuhkan oleh aku dan ***. Tetapi *** telah gagal ujian sarkastik dan terpaksa dibuang. TETAPI Haniko and Kiyo masuk tanpa ujian sebab aku sayang mereka. Dunia memang tak adilkan.

Kenapa bagi nama domain blog Sarkastik-Mungkin?

Sebab semua ahli sarkastik semuanya sarkastik. SARKASTIK dan bukannya narkastik. Kami menjadi sarkatik bukan untuk bertukar menjadi narkastik. Kalau nak masuk squad ni, dia ada ujian. Ujian yang paling senang adalah To-Be-Sarcastic macam aku.

Apa purpose blog ni sebenarnya?

Takde. Tapi tak tau kenapa entri semua pasal love. Ohh yee. Itulah purpose kami (mungkin).

Apa kaitan purpose korang dengan nama domain ni?

Domain kiteorang sarcastic and our blog purpose is love. Bila disambungkan jadilah Sarcastic-Love kan? Itulah kaitannya. Kiranya blog ni menceritakan tentang love yang sarkastik (mungkin). *wajib ada mungkin.nama pon sarkastik-mungkin kan.*

Macam mana korang boleh terjebak dengan kancah berblog?

Sebenarnya aku (miko) memang ada blog. Dah lama dah ada blog. Tapi blog tu aku malas nak guna. Kenapa? Sebab blog tu tak menguntungkan.Hahaa.Haniko and Kiyo start dengan kancah blog lepas masuk squad ni. Pasal nak ambil Haniko masuk squad ni memang aku dah pikir panjang. Aku tau dia ada bakat sbb dia budak bahas (apa kaitannya) . Kiyo ni pulak ada bakat tapi dia malu sikit.Malu nak tunjuk bakat sendiri. Kiyo ni just tangkap muat (nasib tak salah pilih). *** ni pulak sayangnya gagal ujian squad and kiteorang dah ada pengganti untuk dia iaitu Kenzo.

Perasan something tak pasal kiteorang. Nama yang dipilih semuanya O. Miko, Haniko, Kiyo dan Kenzo. Sebab darah kiteorang semua O (mungkin).

About life korang?

Kiteorang budak sekolah menengah. Hidup yang bosan sebab dunia tak pernah adil. Kiteorang semua ada love story masing2. Kiteorang juga ada tragedi cinta yang dasyat (mungkin)

Pertanyaan dari tuan rumah.
1. Apa pendapat korang tentang blog ni.
2. Korang rasa ni blog hewhew ke?
3. First time korang tengok blog ni, first impression korang ni blog lelaki or pompuan?

18 April 2011

Manusia hanya akan menghargai apabila satu-satunya benda itu hilang


by Miko Ousawa



Masuk tahun ni dah 2 tahun aku dengan Yoona. Aku happy. Tapi aku tengok Yoona ….Yoona selalu tanya aku sayang dia atau tak. And setiap kali dia tanya macam tu mesti aku akan jawab “pernah ke saya kata saya tak sayang awak." Aku tahu dia bengang. Sebab setiap kali dia tanya mesti ayat tu yang keluar.

Time hantar dia balik aku senyum secomel-comel yang mungkin supaya dia tak marah. Aku tahu Yonna mesti meragui kasih sayang aku terhadap dia. Serius aku sayang dia tapi perlu ke aku cakap setiap hari “Saya sayang awak ketat-ketat” macam couple lain selalu buat? Aku setia dengan dia dan aku tak pernah curang.

**********

Hari sudah pun sudah bertukar siang. Aku yang sedang terbaring, bersandar di katil. Kesejukan bilik aku sudah sinonim dengan diri aku. Telefon bimbit yang mengalunkan lagu dendangan Naff, 'Masih Kekasihku'. yang menandakan ada mesej masuk segera aku capai. Di skrin telefon, terpapar nama Yoona Amahiko.

Dia minta maaf dekat aku sebab tak boleh nak datang konsert. Aku tak kisah asalkan Yoona terus sokong band aku. Dia kata kalau sempat dia pergi and dia tanya kat mana aku buat konsert. Aku tak balas sebab saja nak bagi kejutan dekat dia. Sebenarnya konsert tu aku buat dekat kolej dia.

**********

Time dah nak nyanyi lagu terakhir tu, aku terkejut. Aku nampak Yoona.


Tapi dia dengan Katsu …..berpegangan tangan. Ya, Katsu yang suatu hari dulu pernah meninggalkan Yoona demi perempuan lain. Macam mana Katsu meninggalkan Yoona, begitulah juga Yoona meninggalkan aku pada hari ini, saat ini. Bagaimana sakitnya hati Yoona dulu, begitulah juga sakitnya hati aku sekarang.

Sebelum aku nyanyi lagu terakhir aku ada buat sedikit ucapan untuk perempuan yang telah meninggalkan aku dalam keadaan yang sangat hina. Ya sangat hina.


“ Untuk perempuan yang saya pernah cintai sebelum ini, Jangan salahkan cinta bila awak tak pernah jumpa cinta tu, salahkan diri sendiri sebab tak faham ape itu Cinta Walaupun saya tak pernah cakap saya sayang awak, itu tak bermakna saya tak sayang awak. Saya tak pernah minta awak sayang saya, cuma bagi saya ruang untuk menyayangi awak”


Dari jauh aku melihat Yoona menangis. Benarlah kata orang ,manusia hanya akan menghargai sesuatu benda apabila satu-satunya benda itu hilang. Sepertiman dia kehilangan aku.


Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Ow wooo Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Ow wooo wo wo wooo
Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi

Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu

Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini

Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu

Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini

Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Ow wooo wo wo wooo


Ada air mata yang menitik sewaktu menyanyikan setiap bait-bait lagu itu. Teringat segala kenangan manis ketika aku bersama dia mencipta lagu ini.Kosong hidupku kini. Merindui satu jiwa yang membunuh perasaan dalam diam.Lukanya tidak kelihatan tetapi sakitnya tidak bertepian.

15 April 2011

Perakuan Cinta

by Haniko Hirage



' Aku suka kau '
'Aku cinta kau '
' Aku sayang kau '
' I love you '
' 143 '



Semua ni adalah ayat-ayat yang biasa didengari untuk meluahkan perasaan cinta. Tapi perlu ke?

Sejujurnya aku memang tak tahu samada ianya perlu atau tidak perakuan cinta bahawa aku mencintai dia. Aku takut untuk beritahu benda ni dekat dia. Adakah mungkin aku takut dengan rejection atau takut kehilangan apa yang dah ada antara aku dan dia? 

Aku takut untuk cakap yang aku suka kekurangan dia. Aku suka kepoyoan dia. Aku suka dengan ego dia. Aku suka dengan rambut dia, ketawa dia, senyuman dia dan segala-galanya tentang dia. I love him so much. I'm crazy about him. It's all about him! Do I have told that to him? Do I? 

Have you ever wondered which hurts the most? Saying something and wishing your hadn't or saying nothing and wishing you had? Don't be afraid to tell someone you love them. Have you ever decided not to become a couple because you were so afraid of what you already had with that person? 

Your heart decides whom it likes and whom it doesn't. You can't tell your heart what to do. Have you ever denied your feeling because you fear of rejection was too hard to handle. Too many of us stay walled up because we are too afraid to care to much... for fear that the other person does not care as much or even at all. 

Life is all about risks and it requires you to jump . Don't be a person who has to look back and wonder what they would have done or could have had. 

Semua macam suruh aku bagitau perasaan aku dekat dia. Tapi aku still takut. Aku takut kalau-kalau dia akan membenci aku buat selama-lamanya.

11 April 2011

Kenapa Perlu Ada Dia Di Antara Kita

by Miko Ousawa




" Kenapa setiap kali aku dan dia, pasti ada kau. Geram. Benci. Perasaan bercampur baur. Bagi aku, kau adalah jurang di antara aku dan dia. "

Kita tetap akan sukakan dia walaupun ada orang lain di antara kita dan walaupun dia tak pernah sedar tentang kewujudan kita. Cinta memerlukan pengorbanan. Demi kebahagiaan dia, kita sanggup mengetepikan diri sendiri dan buat diri kita tak pernah wujud pun di depan dia.


Aku ada terbaca satu artikel tentang cinta di internet. Ayat yang tak boleh aku lupa ialah "sedarkah kita bahawa dalam satu perhubungan, kita sanggup membenci orang lain hanya disebabkan orang yang kita cintai. Dan sedarkah kita bahawa kadang-kala kitalah penghalang hubungan itu. "

Ketika itu aku sedar. Akulah jurang di antara kau dan dia sebenarnya. Aku ingatkan selama ni aku banyak berkorban untuk dia. Rupa-rupanya aku silap. Selama ni aku lebih banyak membenci daripada berkorban.

Adakah benar cinta ini hanyalah kebodohan aku yang tak mahu menerima bahawa ia sebenarnya tidak wujud. Dan hakikatnya cinta hanyalah kekeliruan pemikiran aku. Ataupun cinta itu memang sentiasa memerlukan pengorbanan. Cinta itu setia yang tak berbelah bagi. Cinta mewujudkan keserasian dan cinta tak pernah bertepuk sebelah tangan.



Adakah aku dan dia dikira cinta? Atau hanya suka semata-mata?

Love or Obsession

by Haniko Hirage



Siapa dalam dunia ni tak pernah crush or fall in love? Tipu kalau ada orang yang kata bahawa dia tak pernah suka, minat or jatuh cinta. Tapikan bila difikir-fikirkan balik, berapa ramai yang sedang jatuh cinta dan benar-benar mencintai.

Kaji balik perasaan korang tu. Adakah cinta atau obsessi? Deep in your heart. Are you sure that it is love or obsession? Cinta bermaksud membahagiakan dan tidak semestinya memiliki. Obsessi pulak bermaksud keinginan untuk memiliki yang terlampau sehingga tidak membenarkan ia menjadi milik orang lain.

Bila korang crush dekat someone tapi dia tak suke korang, tak payah simpan apa-apa dendam. Biarkan sahaja dia dengan orang yang dia suke asalkan dia happy. In fact, dalam cerita Harry Potter yang penuh dengan magik tu pon , tak ada potion yang boleh mewujudkan perasaan cinta. According to the Harry Potter and The Half Blood Prince, Ammortia ( the love potion ) will not create actual love but it does create powerful infactuation or obsession.

Terang-terang menjelaskan bahawa cinta tak boleh dipaksa. Ia datang secara natural. So biarkan saja dia dengan dunia dia. Andai satu hari nanti dia terluka, barulah dia akan tahu siapa yang sebenarnya mencintai dia.


TAPI

Bila korang suka dengan someone and that someone does not love you too, you get mad and gone crazy, it is obsession. Kenapa perlu korang memiliki dia hanya atas dasar korang suka dekat dia? Bukan ke tak adil namanya? Dia berhak untuk menyukai orang lain sepertimana korang berhak untuk menyukai dia. Your heart decide whom for it love and so does his/her. Kalau korang betul-betul cintakan dia, bahagiakanlah dia, ceriakan hari-hari dia. Mungkin dengan cara ini hati korang will get heart. BUT that's life..

Bukan semua dalam dunia ni indah. Bukan semua love story berakhir dengan happy ending. Whatever it is, korang sanggup hati siapa yang terluka? Hati korang OR hati orang yang korang cintai?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...