11 April 2011

Kenapa Perlu Ada Dia Di Antara Kita

by Miko Ousawa




" Kenapa setiap kali aku dan dia, pasti ada kau. Geram. Benci. Perasaan bercampur baur. Bagi aku, kau adalah jurang di antara aku dan dia. "

Kita tetap akan sukakan dia walaupun ada orang lain di antara kita dan walaupun dia tak pernah sedar tentang kewujudan kita. Cinta memerlukan pengorbanan. Demi kebahagiaan dia, kita sanggup mengetepikan diri sendiri dan buat diri kita tak pernah wujud pun di depan dia.


Aku ada terbaca satu artikel tentang cinta di internet. Ayat yang tak boleh aku lupa ialah "sedarkah kita bahawa dalam satu perhubungan, kita sanggup membenci orang lain hanya disebabkan orang yang kita cintai. Dan sedarkah kita bahawa kadang-kala kitalah penghalang hubungan itu. "

Ketika itu aku sedar. Akulah jurang di antara kau dan dia sebenarnya. Aku ingatkan selama ni aku banyak berkorban untuk dia. Rupa-rupanya aku silap. Selama ni aku lebih banyak membenci daripada berkorban.

Adakah benar cinta ini hanyalah kebodohan aku yang tak mahu menerima bahawa ia sebenarnya tidak wujud. Dan hakikatnya cinta hanyalah kekeliruan pemikiran aku. Ataupun cinta itu memang sentiasa memerlukan pengorbanan. Cinta itu setia yang tak berbelah bagi. Cinta mewujudkan keserasian dan cinta tak pernah bertepuk sebelah tangan.



Adakah aku dan dia dikira cinta? Atau hanya suka semata-mata?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...